Yang Terbaek!!!!

Nuffnang Ads...

Monday, September 26, 2011

AS1Malaysia Umum Pengagihan Pendapatan

salam..
amacam thoq! kelas dh masuk minggu ke 3...
semangat dah dtg? inspirasi dah menjelma? azam dah dijalankan?
so, as uolls semua sedar dalam x sedar...
kbykan student IPTA ade AS1M kan...ha..
untungla...saham naek lagi...naek sikit2 xpe, duit free kan...hehe....

.................................................................................................

AS 1MALAYSIA UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN 6.50 SEN SEUNIT
22 September 2011

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2011.
Pengagihan pendapatan kali kedua ini mencatatkan peningkatan sebanyak 0.12 sen seunit berbanding 6.38 sen seunit yang diumumkan tahun lalu.
Kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM311.27 juta, peningkatan sebanyak 53.32% berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM203.02 juta.
Pengagihan pendapatan ini akan dapat dimanfaatkan oleh seramai 270,598 pemegang unit yang telah melanggan 5.49 bilion unit AS 1Malaysia.
Sehingga 20 September 2011, tabung AS 1Malaysia telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM405.67 juta. Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM205.99 juta atau 50.78%, pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan pula menyumbang RM152.48 juta atau 37.59%, manakala sumber pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan menyumbang sebanyak RM47.20 juta atau 11.63% daripada jumlah pendapatan kasar tersebut.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pasaran saham yang pada awalnya menunjukkan peningkatan berterusan pada awal tahun kewangan AS 1Malaysia telah mengalami penurunan yang begitu ketara sejak awal Ogos 2011.
Dalam tempoh antara 1 Oktober 2010 hingga 20 September 2011, Indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) telah mencatat penurunan sebanyak 3.61% daripada 1,463.50 mata yang dicatat pada 30 September 2010 kepada 1,410.64 mata pada 20 September 2011 yang mana merupakan paras terendah KLCI.
Penurunan ini, menurut Tun Ahmad Sarji adalah berpunca daripada ketidakpastian terhadap prospek pertumbuhan global terutama di negara-negara maju, keadaan pasaran kewangan antarabangsa terutama di Amerika Syarikat dan Eurozone yang semakin merosot dan krisis hutang kerajaan di Eropah yang semakin meruncing yang mengakibatkan penarafan di beberapa ekonomi dan institusi kewangan berskala besar diturunkan.
"Semua faktor di atas telah menambah tekanan ke atas keyakinan pelabur terhadap pasaran saham. Sehubungan dengan itu, suasana ekonomi dan pasaran saham global dijangkakan akan lebih mencabar berikutan perkembangan terbaru ini," tambahnya.
Pengiraan pengagihan pendapatan AS 1Malaysia ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minima bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan tabung tersebut.
Pengagihan pendapatan AS 1Malaysia akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Oktober 2011. Semua urus niaga bagi AS 1Malaysia telah ditangguhkan mulai 21 September 2011 sehingga 2 Oktober 2011 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.
Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 3 Oktober 2011.
Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit AS 1Malaysia menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan. AS 1Malaysia telah disenaraikan sebagai salah satu dana yang diluluskan bagi Skim Pelaburan Ahli KWSP bermula 25 Julai 2011.
Penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai pertengahan bulan November 2011.
AS 1Malaysia merupakan dana berharga tetap dengan saiz dana bernilai 10 bilion unit. Lima puluh peratus daripada saiz yang dibenarkan adalah dibuka kepada masyarakat Bumiputera manakala 30% diperuntukkan kepada kaum Cina, 15% kepada kaum India dan selebihnya kepada masyarakat Malaysia lain.

sumber : AS1Malaysia
..........................................................................................................

uh, panjang sungguh bukan? haa..bace je a kalo nk tahu duit korg tu cmne, dtg dari mne, siapa dan sebagainye...penting wooo...

alhamdulillah biasiswa JPA ku udah dimasukkan awal pagi sabtu lepas...untungnyer...

p/s : sgt rindu kt budak kecik tembam yg bernama AQIL!!! grrr

3 comments:

shinoda said...

aku pun dh xtau kat mne aku lempaq buku simpanan die..haha

untungler jpa dh msuk..bleh g shopping..haha

Unknown said...

oit, buku tu penting wo...walaupon 100 unit percuma yg diberi kt student IPTA tu xboleh kuarkan, tp dividen die boleh...ngeh3...

mmg menguntungkan..HAHA...shopping? skit2 sudeh...

MrPingu Gonzalesz said...

nak sikittt