Yang Terbaek!!!!

Nuffnang Ads...

Tuesday, November 1, 2011

Lelaki Seperti Aku

salam.

Sungguh amat sangat lama rasanya tidak ku menulis disini.
kosong kusam tiada apa.
syukur masih ada yg masih sudi menjenguk.
hari-hari tetap ada.
nak baca apa? mereka baca ini... views paling tinggi..tinggi sangat! hampir seribu pageviews untuk itu sahaja.
mungkin tempat popular, itu yang menyebabkan daya tarikan sampai blog aku yang tertarik sekali, syukur.

Hari-hariku kini dilalui dengan seribu satu perkara yang harus aku lakukan.
ya mungkin bukan untuk aku, tapi untuk Yang Satu.
ya mungkin bukan untuk aku, tapi untuk orang dan orang yang berada di rumah.
ya mungkin bukan untuk aku, tapi untuk kau dan kau yang memilih aku.
ya mungkin bukan untuk aku, tapi untuk dia.
ya mungkin bukan untuk aku, tapi untuk diri ini satu masa nanti.

Samsung Galaxy S Plus penyeri hidup kini.
ya ini juga menyebabkan jumlah pemakanan aku harus dikawal rapi..
ya kiranya bagus juga kerana segala lemak yang dipupuk selama 4 bulan harus menemui padahnya, harus lenyap dengan kadar segera
penyeri ini juga yang banyak memakan masa aku, terlalu banyak aplikasi yang dengan mudahnya mengalirkan masa-masa ku kearah nya. Geram tapi Padan!

Hujan petang.
kadangkala ketiduran kelupaan.
Uh! sangat tragis apabila ketiduran sehingga lewat senja.

Kerja.
banyaknya masih boleh dikira.
tapi bukan 1 2 3 tapi 8 9 10. itu dalam masa terdekat ini sahaja.
ya mungkin salah aku, sebab tangguhkan kerja yang bisa memakan diri.
maka dengan itu harus aku lakukan dengan sepantas yang boleh.

Aku dan lagu amat baik.
sehati dan sejiwa, bak lagu dan irama
pui! sudah lah.

kulampirkan untuk para jiwa yang menanti untuk menelaah blog kusam usang tidak bermaya.
penat agaknya, kerana bertahun mengemudi perasaan ini, tapi tidak pernah mampu cash-out dari nuffnang! grr.



Aliff Satar - Lelaki Seperti Aku

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak 

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
 
Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik

Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan  Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik

Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik

Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak


p/s : kadangkala apa yang kita lakukan kita lupa untuk siapa sebenarnya. kenapa aku buat itu dan ini, kenapa aku tak buat ini dan itu. ya, pengalaman mematangkan kita. Aku ingin belajar berkata-kata. belajar erti komunikasi secara tepat!

p/p/s : lampiran lagu tiada kaitan dengan apa-apa ya, sekadar berkongsi lagu yang bermuzik catchy yang sedang bermain-main difikiran kala menulis.