Yang Terbaek!!!!

Nuffnang Ads...

Sunday, January 26, 2014

kala malam bulan mengambang

Salam

Maafkan aku
kerana tidak berhubung kamu
bukan tak mahu
cuma tak mampu
bukan apa
cuma menghindar
agar tidak ada salah paham kelak
jadi elok agar diri ini undur
andai cukup tiba masa semua
aku datang dgn sinar dan harapan
menunai segala impian dan mimpi
tapi andai kedatanganku kelak
sepi
aku redha
bukan salah kau
cuma lewatnya aku
maaf dari hati
aku insan biasa
tiada yang istimewa

argh.
pasrah

ayah sakit, kakinya..
puncanya urat dan lutut dek badan berat dan kerja berat (cangkung2)
tp bertambah sejak ade kencing manis
keklinik cuma (milik anak sedara)
disuruh kehospital
menolak
berulang kali ke klinik
utk memastikan kencing manisnya kurang
24 --- 16 --- harap makin turun
andai itu yg ayah mahu
ayah byk jaga sekarang
badan ayah dah susut
aku tak mampu nak paksa
cuma apa ayah mahu (atas cdngn org)
makan itu ini, aku tunaikan semua yg dimahukan
kesian ayah
kini tugas hanya hantar ambik budak sekolah (jiran dan sedara)
cukuplah utk bulanan nye sedikit cuma
aku bantu
adik kakak juga bantu
dirumah tekanan
mak jaga anak orang
bising bingit
ayah tertekan
bawa diri ke tempat hiburannya (kolam pancing)
duduk terlalu lama..lama sangat
sudah malam baru pulang
tiada tekanan disana
tp mak pulak yg tertekan kerana ayah balik lambat
mak tak paham ayah
ayah tak paham mak
anak anak pahamkan saja
maaf

aqil kami tolong jaga
makan minum pakai mainan
kami tolong
sekolah kelak inshaAllah kami tolong
jgn risau mak jgn risau ayah
aku dah macam bapak
adik dah macam mak
makin lewat lah kami kahwin
harapan mak jugak (suruh jaga aqil dulu)
jadinya
jangan cuba tanya soal kahwin
andai tidak mengerti apa aku alami
mahu juga lari dari sini
duduk berasing
agar tidak tahu apa berlaku
cuma membantu dan menyalur dari jauh saja (janji)
kerana aku juga tertekan seperti ayah
ayah banyak pesan
ayah paling paham
ayah, aidil cuba
ayah, aidil tolong
ayah, aidil bantu
segalanya
inshaAllah

aku penat
simpanan tidak menyempat
syukur belum merempat
harap kelak makin sempat
aku cuba jimat apa aku dapat
agar semua susah hilang cepat
janji akan terus semangat
agar semua akan selamat

doakan semua

No comments: